Jun 30, 2011

SLE ?

Assalamualaikum,
Tak pernah rasenya walau sekali entry aku pasal penyakit .
Disebabkan angan-angan aku yang nak menjadi doktor pakar yang selalu gagal dalam misi menyelamatkan pesakit ni , aku nak share dengan lebih lanjut satu penyakit yang aku sendiri baru tahu.Ini bukan perkara main-main sebab golongan yang boleh kena penyakit ni macam kita - kita ni lah. .
So, untuk meneruskan perjuangan aku untuk share tentang penyakit ni , aku beri korang faham apa penyakit ni .Mungkin nama penyakit ini tak popular mana pun sebab tu aku sendiri tercengang sampai lalat singgah kat mulut masa mula-mula aku tahu . Tapi penyakit ni bagi aku merbahaya kerana nyawa boleh hilang.


SLE tu apa?


 Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus  ialah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.  Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ianya mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.  Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri.  Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.




Punca penyakit SLE?


Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr. 


    Daripada siasatan aku bersama Detective Conan  ,penyakit SLE ni lebih kerap menyerang wanita yang subur (15-45 tahun) daripada golongan lelaki.Kajian yang dilakukan hanya 10% yang menghidapi penyakit ni ialah lelaki dan kanak-kanak.SLE ini menyerang golongan wanita pada umur tersebut kerana masa ini wanita berada pada tahap produktif



    Hasil usaha copy&paste dari intim.wordpress.(mekacih)


    Penyakit ini ada 3 jenis iaitu Discoid Lupus Eritematosus(DLE) yang melibatkan kulit sahaja,
    Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) yang boleh melibatkan pelbagai organ di dalam tubuh
     dan Drug Induced Lupus yang diakibatkan daripada sesetengah ubat-ubatan.


    Ada  pesakit yang tidak mengalami masalah yang serius pada awalnya, tetapi ia melarat sekiranya ia menyerang di bahagian organ-organ dalaman yang boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat.Pesakit  SLE menjadi lebih teruk apabila oragan dalaman terlibat. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, pesakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang. Selain daripada buah pinggang yang merupakan organ penting, SLE boleh juga melibatkan otak, jantung, paru-paru dan darah.


    Oleh kerana penyakit SLE merupakan penyakit yang boleh berulang (remitting and relapsing course), maka penghidap SLE perlu mendapatkan rawatan ulangan yang berterusan. Ini adalah bagi memastikan penyakit dalam keadaan terkawal dan juga untuk mengesan tanda-tanda penyakit SLE yang bangkit/aktif semula supaya rawatan boleh diberi dengan segera sebelum fungsi organ yang terlibat terjejas.


    Kaunseling juga akan diberikan kepada pesakit SLE untuk memberikan mereka sokongan moral di samping membantu pesakit memahami tentang penyakit yang dialami mereka. Dengan adanya pemahaman tentang penyakit SLE, pesakit akan lebih mematuhi arahan doktor dalam pemakanan ubat, dan pemeriksaan darah serta kencing yang berkala.
    Mereka juga dinasihatkan untuk memakai topi dan lengan panjang apabila berada di bawah cahaya matahari.
    Sokongan keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan oleh pesakit SLE dan mereka harus memahami keadaan yang menimpa pesakit.
    ‘Perlu diingatkan penyakit SLE adalah penyakit yang tidak berjangkit dan tujuan rawatan 
    adalah supaya pesakit dapat menjalani kehidupan normal sebagaimana individu lain,
    Info
    * Penyakit kronik berpanjangan berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh.
    * Penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9 wanita kepada seorang.
    Tanda dan gejala SLE
    * Sakit pada sendi, demam berlarutan, lesu, ruam pada kulit muka dan badan, anemia, sensitif pada cahaya matahari, ulser mulut dan keguguran rambut.
    * Kulit muka menjadi merah apabila terdedah kepada cahaya matahari.
    * Kegagalan fungsi buah pinggang, masalah pada sistem saraf, sakit sendi.
    Panduan untuk pesakit SLE
    * Kenali makanan yang sesuai dengan pertahanan tubuh, makan seimbang dan berkhasiat, bersenam dan elakkan aktiviti lasak.
    * Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif, sentiasa berfikiran positif.
    * Perlindungan kulit.
    * Memakai perlindungan matahari sekurang-kurangnya SPF 30, guna payung, topi, berlengan panjang untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari.
    * Ubat-ubatan.
    * Makan ubat atas arahan doktor.
    * Jangan berhenti makan ubat tanpa arahan doktor dan jangan makan ubat bersama ubat lain    dikhuatiri interaksi ubat berlaku.
    * Patuhi jadual susulan yang ditetapkan.

    Jadi,ni sajalah yang aku dapat share.Harap aku dapat manfaat and yang baca pun sama juga.
    Harap diampunkan ehden sebab ayat dalam ni ada yang dicopy dari sumber yang boleh dipercayai.
    Insya'allah kalau dah besar nanti aku betul-betul jadi seorang doktor yang bertauliah ,aku nak cari cari ubat yang boleh sembuhkan penyakit ni ! =D
    Next,kalau rajin pasal penyakit lain pula =)


    .

    No comments: