Pn Ida : Ok , hari sabtu ni hari terbuka .So saya nak parents awak semua datang .
Kami :Kalau salah seorang yang datang boleh tak cikgu ?
(3KAA)
Pn Ida :Tak kiralah .Janji mesti datang .Saya nak yang datang tu boleh bercakap bukannya bisu
!Jangan asik saya je yang bercakap . Saya peruntukkan sorang 30 minit !
Kami :30 minit ?!Lama tu cikgu . Diskaun la sikit .
Pn Ida :Tak ada maknanya nak diskaun-diskaun.Macam-macam nak cerita kat parents korang ni .
Selang sehari,sekolah aku buat Hari Terbuka . Aku punya seram sejuk boleh tak ?!
Apa je yang cikgu nak cerita pasal aku kat ayah .
Ayah datang sekolah dalam pukul 9.30 . Muka punyalah teruja nak amik result hampeh aku .
Ting tong ting tong =='
Sejam kemudian .
Pn Ida : Nombor 12 .
(dengan cool nya ayah pergi berjumpa dengan cikgu . Aku dah mule nak buat muke bengang )
Part 1
Pn Ida : Lama tunggu En Lokman ?
Ayah : Tak adelah lama mana nak berjanggut jugak tunggu. Biasalah tu . Saya paham .
Pn Ida : Ibunya mana ?
Ayah : Oh , ada dekat rumah . Saya sorang jelah yang datang .cover macho depan cikgu aku !
Pn Ida : Mira sukalah ibu dia tak datang . Mira ada cakap dengan saya dia tak suka ibu dia
datang .Kalau tak nanti macam-macam dia cerita .
Aku : (tersenyum kebengangan)Kenapalah cikgu pi cakap dengan ayah ?!
Ayah : Dia memang tak rapat sangat dengan ibu dia .
Part 2
Pn Ida : So , En Lokman ni keputusan mira .(sambil tunjukkan slip keputusan)Mira dapat 5A 4B !
Saya jangkakan mira akan dapat lebih daripada keputusan ni . Tapi nampaknya ni je
yang mira dapat.
Aku : Err,ayah tak nampaklah cikgu . Ayah rabun.
(aku kena bacakan satu persatu markah yang aku dapat)
Ayah : 5A je . Saya jangkakan mira boleh dapat 7A sebab mate dan sains saya hantar pergi tuisyen .
Macam mana ni ? (muka stress tapi still cover macho)
Pn Ida : Saya tahu . Tula . Saya ada tanya mira kenapa dapat B . Kebanyakannya cuai sebab
markah B mira kalau tak cuai dah boleh dapat A .Mira kena kurangkan internet , facebook ,
handphone .Saya pun selalu mesej dengan mira .
Aku :
Ayah : Masa exam saya memang block internet .Lepas exam baru saya bukak balik. So, disiplin
mira macam mana kat sekolah ?
Pn Ida : Mira ok dekat sekolah . Cuma banyak cakap kat dalam kelas . Kadang-kadang nak marah
jugak tapi tak bolehkan .
Ayah :Dekat rumah jarang bercakap . Saya harap cikgu bolehlah monitor mira bila kat sekolah .
Pn Ida : Baiklah . Saya memang rapat dengan Mira .Tapi kadang-kadang bertegang urat jugak
dengan Mira.Banyak kali jugak mira tak setuju dengan saya .
PERWATAKAN DIA NAMPAK KERAS !ada pendirian !
Aku : (haha =Dstill dalam kebengangan , just senyum je sambil muka macam tak puas hati)
Part 3
Part yang ni tak payah cerita . Aku kena banyak nasihat .=='
Lepas 20 minit
Ayah : Oklah cikgu . Kalau tak ada apa-apa saya
Pn Ida : Baiklah .
(ayah dah pergi )
Pn Ida : Mira ingat pesan cikgu tau !
Aku : Ye , Mira ingat .
Leganya dah habis .
Dahla , ni sahaja perbualan antara cikgu dengan ayah pasal aku .
Mesti aku akan ingat Hari Terbuka 2011 ni sampai bila-bila . Lepas ni dah tak ada maknanya parents aku nak jumpa dengan cikgu .
Jumpa lagi dalam entry seterusnya !
Wassalam
No comments:
Post a Comment